BELAJAR TARANUM AL QURAN « Inspirasi yang kreativiti lagi berinovasi dari ilham rasa Masmerah

myspace


"AKU AKAN MENULIS TENTANG KEHIDUPAN HARIAN AKU, TENTANG PENGALAMAN AKU SEPANJANG AKU TERLIBAT DENGAN DUNIA AL QURAN, TENTANG TARANUM AL QURAN, TENTANG LAGU AL QURAN, BACAAN AL QURAN OLEH QARI2 MESIR, QARI2 TIMUR TENGAH, QARI2 ARAB, QARI2 DARI EGYPT, QARI2 SINGAPURA, QARI2 MALAYSIA, QARI2 INDONESIA, TENTANG MAJLIS MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN."

"AKU JUGA AKAN MENULIS TENTANG FIRMAN DAN HADIS YANG ADA KENA MENGENA DENGAN APA YANG TERJADI PADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU DAN ALAM SEKELILINGKU, CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN SINGAPURA, CERPEN CINTA SINGAPURA,CERPEN PILIHAN SINGAPURA, CERPEN KELAKAR, CERPEN HUMOR, CERPEN SEDIH, CERPEN TAULADAN DAN BERBAGAI BAGAI KOLEKSI CERPEN SINGAPURA DAN PUISI SINGAPURA."


Monday, August 01, 2005
BELAJAR TARANUM AL QURAN

Image hosted by Photobucket.com

Hai! Apakhabar kawan kawan semua?  Apakhabar Penggali Kubur, Nonleo, Adik Comel, Nenek Sariah, Raszain, Alzn, Cheeff, Bobooi, Kak Sab, Basita, Zu408, Lady Preety Bara, Budak Bunian, Acid Maisya, CT, Ucu dan ramai lagi kenalan blog ni?

Dah sebulan aku tak update blog ni, bukannya apa, bukan aku sakit sebagaimana cik P.K sangkakan ( jom pekena kopi kaw 434!), bukan pasal sibuk rampingkan pinggang sebagaimana Nonleo fikirkan tapi sejak sebulan kebelakangan ini aku begitu sibuk mempelajari ilmu TARANUM AL QURAN maklumlah dengar khabar Ustaz Hj. Ahmad Dini bin Hj. Amir (yang pernah menjadi JOHAN QARI TILAWAH KEBANGSAAN SINGAPURA selama 3 kali) akan menganjurkan TILAWAH AL QURAN terbuka seluruh Singapura.

Jadi inilah masanya untuk aku berusaha dengan lebih keras lagi untuk kemantapan LAGU TARANUM AL QURAN aku.  Tapi sebenarnya bukan pasal nak masuk TILAWAH AL QURAN saja baru aku nak sibuk sibukkan diri, sebaliknya kerana aku memang berminat membaca AL QURAN dan berminat untuk mendalami lagi ilmu LAGU TARANUM AL QURAN tak kiralah samada bacaan TARANUM AL QURAN yang di sampaikan oleh QARI MESIR ke, QARI SINGAPURA ke, QARI MALAYSIA ke atau mana mana QARI TARANUM AL QURAN dari mana mana negara Asean atau QARI ARAB dan QARI TIMUR TENGAH. 

Yang lebih memberi aku semangat lagi ialah suami dan kawan kawan aku pun sama sama mempunyai minat yang sama jadi kami bertujuh pun memulakan langkah yang pertama dengan mengunjungi Ustaz Mohd Akhir bin Md. Salleh di Bukit Batok. (dari Kelantan yang telah mengajar TARANUM AL QURAN selama 20 tahun di SINGAPURA)

Bila sampai saja di rumah Ustaz, kami disuruh baca seorang demi seorang selama 7 minit (masa yang telah ditetapkan untuk PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN SINGAPURA).  Bila selesai membaca, barulah Ustaz komen TAJWID dan TARANUM AL QURAN.  Dari komen yang Ustaz berikan barulah aku tau sebenarnya memang banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari tentang ilmu TARANUM AL QURAN ini yang memang tak kan habis selagi hayat dikandung badan.  Sesungguhnya AL QURAN ini memang mukjizat terbesar yang amat menakjubkan.  SUBHANALLAH!

Image hosted by Photobucket.com

Surah Al Hasyr ayat 21 maksudnya,
"Sekiranya Kami menurunkan Al Quran ini keatas gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan terpecah belah kerana ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka memikirkan".

Selepas pergi belajar dengan Ustaz Mohd Akhir, pada pertengahan bulan Julai yang baru berlalu kami bertujuh pergi ke rumah Ustaz Wahib bin Warren pula. (JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN SINGAPURA sebanyak 4 kali)  Sama juga caranya, kami membaca dan kemudian Ustaz memberi komen. 

Semalam kami telah pergi ke Masjid Al Falah dimana Ustaz Ahmad Dini mengajar TARANUM AL QURAN.  Kali ini lagi seronok kerana kami membaca menggunakan microfon.  Ini adalah suatu peluang untuk kami berlatih menggunakan microfon supaya jadi biasa apabila kami menyertai PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN yang akan dianjurkan oleh Ustaz Ahmad Dini selepas hari raya aidilfitri nanti, Insyallah! Ruang dan suasana Masjid Al Falah yang luas juga memainkan peranan, membuatkan suara kami kedengaran begitu bergema sekali sehinggakan orang yang yang lalu lalang diluar masjid pun dapat mendengar bacaan kami.

**********************************************************************************

P*S ~ untuk tidak menghampakan permintaan Nonleo di sini aku sertakan sekali petua macamana nak langsingkan badan.  Senang saja:- 

i)   kurangkan makanan yang terlalu banyak kanji seperti nasi, mee kuning. (Amalkan permakanan yang sihat) 
ii)  kurangkan minuman manis sebaliknya minum lebih banyak air putih.
iii) kurangkan tidur di waktu siang sebaliknya gantikan dengan kegiatan lain yang boleh mengeluarkan peluh yang banyak .
iv) kurangkan tidur di waktu malam ( 2 atau 3 jam sudah memadai) untuk hilangkan penat bekerja siang hari.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

v)  makan lebih banyak buah buahan dan sayur sayuran

Petua ini memang menyeksakan pada mulanya tetapi kalau diamalkan lama kelamaan  jadi kebiasaan.

Cubalah! Insyallah mujarab.

Posted at Monday, August 01, 2005 by masmerah

Masmerah
August 1, 2005   08:36 PM PDT
 
Semua orang islam lelaki dan perempuan memang wajib BACA AL QURAN (boleh rujuk dlm terjemahan AL QURAN....)

Jadi Cun pun tidak terkecuali juga. Dalam dunia ni siapa yang berusaha Insyallah dgn izin Allah pasti berjaya tapi jgn kerana nak berjaya pulak Cun berusaha, nanti kalau gagal pasti kecewa...

Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan kerana bodoh itu punca segala kemungkaran.

Eh!eh!eh! bersyarah pulak Kak Mas ni.... Jgn marah Cun, kalau Cun berminat Cun pun boleh.....
Masmerah
August 1, 2005   08:31 PM PDT
 
Bukan lupa lah Cheeff! Buat buat lupa tu adelah!

Kopi kaw 434 tu mesti minum punya maklumlah Mas kan terkenal dengan Kopi Kaw 434....
Cun
August 1, 2005   03:14 PM PDT
 
KakMas, Cun nak belajar Quran dengan KakMas boleh tak. Cun pun nak follow like KakMas. Bestkan.
Cheeff
August 1, 2005   09:48 AM PDT
 
Waahhh....bukan main sibuk Mas. Baguslaa Mas pergi belajar sana, pergi belajar sini sampai nak update blog pun lupa. Cheeff harap Mas teruskan minat belajar. Cheeff akan beri sokongan moral. Tapi jangan lupa tau, minum kopi434 secawan bersama hehhehehehe.....bye.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry











My fairy name is Esmerelda Silvery Primrose.
Take What's Your Fairy Name? by badasstronaut today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

My Japanese name is Masae Matsumara.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


NAMA

Nama aku masmerah. Nak panggil mas boleh. Nak panggil merah pun boleh.

KEGEMARAN

Minat baca QURAN, minat dengar TARANUM QURAN, minat tonton TILAWAH MUSABAQAH AL QURAN terutama PERINGKAT ANTARABANGSA, minat galakkan famili dan kawan2 baca QURAN.


PEKERJAAN

Pembantu peribadi pada suami.

PERKARA YANG AMAT SENANG DILAKUKAN BILA ADA MASA LAPANG.

Baca quran samada sendiri, bersama suami atau pun dengan keluarga yang lain, menulis didalam blog, menonton cerita kelakar terutama cerita2 P.Ramlee, cerita SERAM,cerita SEDIH dan macam macam cerita TERBAIK lagi.

KENANGAN MANIS DALAM HIDUP

Pertama kali dilamar suami tersayang.

KENANGAN PAHIT

Bila dirotan sampai berdarah tangan oleh Mak guru ngaji sewaktu pertama kali belajar ngaji Quran DI KELAS MENGAJI QURAN DIKAMPUNGKU suatu ketika dulu.

PERKARA YANG PALING MEMBAHAGIAKAN

Dapat membahagiakan org lain.

SLOGAN

Mendidik hati sendiri cenderung pada kebaikan yang diredai Allah Taala.

BILA ADA MASA LAPANG

AKU SUKA BACA CERPEN SINGAPURA, CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN PILIHAN SINGAPURA, CERPEN CINTA SINGAPURA, CERPEN SERAM SINGAPURA, CERPEN KELAKAR SINGAPURA, CERPEN SEDIH SINGAPURA, CERPEN TAULADAN SINGAPURA DAN BERBAGAI BAGAI CERPEN YANG TERBAIK DARI LUAR NEGARA.

BARU BARU INI AKU MULA BERJINAK JINAK PULA DENGAN PUISI SINGAPURA, PUISI CINTA SINGAPURA, PUISI KASIH SINGAPURA, PUISI SEDIH SINGAPURA, NOVEL CINTA, SAJAK CINTA, KOLEKSI PANTUN SINGAPURA.



Jom marilah singgah! Jangan malu-malu



MMeek
AAstounding
SSlippery
MMagical
EExplosive
RRespectable
AAstounding
HHealthy

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com









Image hosted by Photobucket.com


   





<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



Kawan-kawan blog Mas:-
1) Katakami
2) Cheeff
3) Basita
4) Adikcomel
5) Sariah
6) Jiwa Apa
7) Bobooi
8) Raszain
9) Nonleo
10) Alzn
11) Pak Uda
12) Asalaku
13) NCC
14) Zu 408



LINK KEBEBERAPA WEBSITE UNTUK MENDENGAR BERBAGAI TARANUM QARI MESIR ATAU TIMUR TENGAH

ASWATISLAM

ISLAMWAY

SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'

ISLAMICITY

HARUN YAHYA

IKHLASBAIK

QARI_SINGAPURA

QARI MELAYU

RUMAH MAAL SJI



KENALAN BLOG YG MAS SUKA SINGGAH
Acidmaisya
Senja
Penggali Kubur
Lady Pretty Bara
Dak_Nian



ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE:-
Free Hit Counter






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed