KERAMAHAN KAWAN YANG BARU AKU KENALI.... « Inspirasi yang kreativiti lagi berinovasi dari ilham rasa Masmerah
"AKU AKAN MENULIS TENTANG KEHIDUPAN HARIAN AKU, TENTANG PENGALAMAN AKU SEPANJANG AKU TERLIBAT DENGAN DUNIA AL QURAN, TENTANG TARANUM AL QURAN, TENTANG LAGU AL QURAN, BACAAN AL QURAN OLEH QARI2 MESIR, QARI2 TIMUR TENGAH, QARI2 ARAB, QARI2 DARI EGYPT, QARI2 SINGAPURA, QARI2 MALAYSIA, QARI2 INDONESIA, TENTANG MAJLIS MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN."
"AKU JUGA AKAN MENULIS TENTANG FIRMAN DAN HADIS YANG ADA KENA MENGENA DENGAN APA YANG TERJADI PADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU DAN ALAM SEKELILINGKU, CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN SINGAPURA, CERPEN CINTA SINGAPURA,CERPEN PILIHAN SINGAPURA, CERPEN KELAKAR, CERPEN HUMOR, CERPEN SEDIH, CERPEN TAULADAN DAN BERBAGAI BAGAI KOLEKSI CERPEN SINGAPURA DAN PUISI SINGAPURA."
Sunday, September 11, 2005
KERAMAHAN KAWAN YANG BARU AKU KENALI....
Kring....kring....kring..... kedengaran telefon berbunyi diruang tamuku. Suamiku terus saja mengangkat telefon.
"Assalammualaiku," kedengaran satu suara memberi salam.
"Waalaikumsalam," jawab suamiku.
"Nong ye!" tanya suamiku lagi.
"Ye!" jawab Nong. "Apahal Nong, kau telefon aku?"
"Begini Pin.(Panggilan singkat untuk suamiku) Tadi tukang masak Masjid Al Falah tempat kita BELAJAR TARANUM AL QURAN dengan Ustaz Ahmad Dini tu... dia tanya dengan aku, kenapa aku tak ajak kau orang semua makan NASI BRIYANI yang telah disediakan oleh pihak masjid untuk para peserta KURSUS RUMAHTANGGA. Makanannya terlalu banyak tapi peserta yang datang tak sampai 50 orang. Jadi dari terbuang begitu saja kan lebih baik kau orang tolong makan." terang Nong dengan begitu jelas sekali.
"Nong, sebenarnya kita orang bukan tak nak makan, tapi sebenarnya kita orang ada jemputan kenduri di tempat lain, jadi nak cepat balik. Kau jangan kecil hati Nong, Insyallah! next week kalau kita orang datang belajar lagi kita orang takkan hampakan kau," suamiku menjawab pertanyaan Nong.
"Oklah, Pin. Tapi minggu depan kau orang mesti makan tau sebab KURSUS RUMAHTANGGA tu lagi ada. Itu aje Pin, yang aku nak bilang kau. Assalammualaikum!" "Waalaikumsalam!" balas suamiku.
Begitulah perbualan singkat antara suamiku dengan kawan lamanya. Walaupun sebelum ini aku tidak pernah pun mengenali Nong tapi dari perbualannya, tingkah lakunya, budi bahasanya, pada pendapat aku Nong ni memang baik orangnya. Selalu berbaik sangka terhadap orang lain dan suka menolong orang lain. Alangkah bagusnya kalau dia tahu sifat beginilah yang wajib dipupuk sampai mati supaya menjadi pendiriannya.
"Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (terjemahan dari Surah Al imran A: 104)
Seorang yang baik yang akan kembali ke tempat yang baik dan kepada Zat yang baik. Zaman sekarang teramat jarang untuk berjumpa dengan orang2 sebegini yang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan manusia. Amat kagum aku dengan orang2 yang bersifat begini.
Ini adalah contoh untuk diri aku untuk mengubah sifat diri sendiri kepada sifat yang baik2 sampai aku mati sebagaimana sifat2 para anbiya' dan aulia' kerana aku yakin dan pasti suatu hari nanti aku akan kembali membawa sifat diri yang terpuji untuk berhadapan dengan Tuhan aku Yang Maha Agung.
"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui," (terjemahan Surah An -Nahl A : 41)
Posted at Sunday, September 11, 2005 by masmerah
RK September 27, 2005 10:24 PM PDT salam kepada semua
Tulisan dan blog yang baik lagi imformatik
Teruskan menulis
terima kasih.
RK September 27, 2005 10:22 PM PDT salam kepada semua
Tulisan dan blog yang baik lagi imformatik
Teruskan menulis
terima kasih.
Sab September 20, 2005 12:20 PM PDT Memang susah nak cari orang yang baik hati, berfikiran baik dan yang suka tolong orang lain sekarang ni ya Mas?
zu September 14, 2005 12:13 PM PDT emm....as'kum..saya dah baca blog u..menarik...
saya pun minat jugak..belajar quran nie..tapi suara tak la..sedap sgt..dan tajwid pun masih lintang pukang...kalu mengajid epan ustaz..masih lagi kena tegur.....tu la..kan... betul la..ilmu tu makin kita cari makin byk yg kita tahu ...yg kita masih belum tahu..(aikkk bhasa apa nie?..hhe)..bye
Cheeff September 12, 2005 10:23 AM PDT Eeeeee.....Cheeff tersentoh dengan cerita Mas. Beruntung suami Mas dapat kawan seperti Nong. Cheeff yang selama ini menjelajah seluruh dunia, masih belum berjumpa manusia seperti Nong yang baik hati.