CERPEN TERBAIK SINGAPURA SELAMAT TAHUN BARU
Assalammualaikum kawan kawan semua. Hari ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1427. Hari ini juga genaplah sebulan kita menyambut Tahun Baru Masehi 2006 dan baru semalam iaitu Hari Ahad Kaum Cina menyambut Tahun Baru mereka iaitu Tahun Anjing. Oleh itu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2 blogger seluruh dunia tidak kira apa Agama sekali pun.
Lazimnya kalau menyambut Tahun Baru Hijrah (Awal Muharram menurut kalender Islam) pelbagai acara keagamaan diadakan termasuklah bacaaan DOA AKHIR TAHUN HIJRAH (dibaca selepas waktu Asar sebelum masuk waktu Maghrib) dan akan diikuti pula dengan bacaan DOA AWAL TAHUN HIJRAH (dibaca selepas waktu Maghrib). Kalau kawan2 semua nak melihat Doa2 tersebut berserta maknanya sekali bolehlah melungsur ke lelaman http://mbr_kk.tripod.com/doahijr.htm.
Kalau dimasjid2 di Singapura ini pelbagai Syarahan tentang AWAL MUHARRAM atau MAAL HIJRAH akan disampaikan oleh Ustaz2 yang terkenal, dirumah aku juga tidak ketinggalan. Saban tahun seperti biasa malam ini aku dan suamiku akan membuat majlis kenduri menyambut AWAL MUHARRAM atau MAAL HIJRAH. Tetapi majlis dirumah aku seperti biasalah lebih kepada BACAAN TARANUM AL QURAN oleh adik beradik dan kawan2 yang memang minat pada BACAAN AL QURAN dan sebenarnya majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang suka membaca AL QURAN secara bergilir2 dan berkumpul bersama2 meraikan malam yang penuh bersejarah ini.
Sekarang ni pun dah masuk waktu magrib, jadi aku nak beredar dulu maklumlah nak buat persiapan menyambut tetamuku iaitu AHLI AL QURAN.
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan." (Surah Al Qasas A:106)