Inspirasi yang kreativiti lagi berinovasi dari ilham rasa Masmerah

myspace


"AKU AKAN MENULIS TENTANG KEHIDUPAN HARIAN AKU, TENTANG PENGALAMAN AKU SEPANJANG AKU TERLIBAT DENGAN DUNIA AL QURAN, TENTANG TARANUM AL QURAN, TENTANG LAGU AL QURAN, BACAAN AL QURAN OLEH QARI2 MESIR, QARI2 TIMUR TENGAH, QARI2 ARAB, QARI2 DARI EGYPT, QARI2 SINGAPURA, QARI2 MALAYSIA, QARI2 INDONESIA, TENTANG MAJLIS MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN."

"AKU JUGA AKAN MENULIS TENTANG FIRMAN DAN HADIS YANG ADA KENA MENGENA DENGAN APA YANG TERJADI PADA DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU DAN ALAM SEKELILINGKU, CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN SINGAPURA, CERPEN CINTA SINGAPURA,CERPEN PILIHAN SINGAPURA, CERPEN KELAKAR, CERPEN HUMOR, CERPEN SEDIH, CERPEN TAULADAN DAN BERBAGAI BAGAI KOLEKSI CERPEN SINGAPURA DAN PUISI SINGAPURA."


Monday, January 30, 2006
CERPEN TERBAIK SINGAPURA SELAMAT TAHUN BARU

Image hosting by Photobucket

Assalammualaikum kawan kawan semua.  Hari ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1427.  Hari ini juga genaplah sebulan kita menyambut Tahun Baru Masehi 2006 dan baru semalam iaitu Hari Ahad Kaum Cina menyambut Tahun Baru mereka iaitu Tahun Anjing. Oleh itu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2 blogger seluruh dunia tidak kira apa Agama sekali pun.

Lazimnya kalau menyambut Tahun Baru Hijrah (Awal Muharram menurut kalender Islam) pelbagai acara keagamaan diadakan termasuklah bacaaan DOA AKHIR TAHUN HIJRAH (dibaca selepas waktu Asar sebelum masuk waktu Maghrib) dan akan diikuti pula dengan bacaan DOA AWAL TAHUN HIJRAH (dibaca selepas waktu Maghrib).  Kalau kawan2 semua nak melihat Doa2 tersebut berserta maknanya sekali bolehlah melungsur ke lelaman http://mbr_kk.tripod.com/doahijr.htm.

Kalau dimasjid2 di Singapura ini pelbagai Syarahan tentang AWAL MUHARRAM atau MAAL HIJRAH akan disampaikan oleh Ustaz2 yang terkenal, dirumah aku juga tidak ketinggalan.  Saban tahun seperti biasa malam ini aku dan suamiku akan membuat majlis kenduri menyambut AWAL MUHARRAM atau MAAL HIJRAH.  Tetapi majlis dirumah aku seperti biasalah lebih kepada BACAAN TARANUM AL QURAN oleh adik beradik dan kawan2 yang memang minat pada BACAAN AL QURAN dan sebenarnya majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang suka membaca AL QURAN secara bergilir2 dan berkumpul bersama2 meraikan malam yang penuh bersejarah ini.

Sekarang ni pun dah masuk waktu magrib, jadi aku nak beredar dulu maklumlah nak buat persiapan menyambut tetamuku iaitu AHLI AL QURAN.

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan." (Surah Al Qasas A:106)


Posted at Monday, January 30, 2006 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (3)  




Sunday, October 30, 2005
CERPEN TERBAIK SINGAPURA- KISAH PERAYAAN DEEPARAYA 2005

Amboi syoknya, tengah2 update blog ni telinga aku mendengar bacaan TARANUM AL QURAN yang diperdengarkan oleh SHEIKH RAMADHAN YUSUF MUTTAWE Surah An Naba' pulak tu (Surah kegemaran aku).

Image hosted by Photobucket.com

Diam tak diam, dah tinggal beberapa hari saja kita nak menyambut Syawal bermakna Ramadan akan kita tinggalkan. Sedih juga rasanya, entahkan dapat entahkan tidak untuk aku menyambut Ramadan yang akan datang lagi peluang untuk aku merebut segala kebaikan di bulan yang mulia ini sebagaimana sabda Rasullullah Saw. Dari Ibnu 'Abbas Ra.
"Kalau sekiranya umatku mengetahui apa2 kebaikan didalam bulan Ramadan, nescaya mereka menginginkan agar supaya bulan2 berikutnya(tahun semuanya) itu menjadi Ramadan.  Kerana semua kebaikan berkumpul dibulan Ramadan, ketaatan bisa diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan Syurga rindu kepada mereka."
  (Zubdatul Waa'izdiina). 

Dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN untuk semua peminat2ku dan kenalan2 blogku dimana saja mereka berada.

Tentunya dalam saat saat terakhir ketika ini, yang paling sibuk sekali kaum wanitalah! Aku pun tak ketinggalan, maklumlah tahun ini kita menyambut perayaan yang besar hampir serentak iaitu Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Kalau di Singapura ni tempat yang paling sibuk sekali ialah di Serangoon Road dan Geylang Serai sebab di kedua dua tempat ni merupakan lambang bagi Kaum India dan Kaum Melayu di Singapura.

Anak aku yang sorang tu..... hai!!!! sibuk betul ajak aku pergi Geylang beli baju raya.(macam masa aku kecil kecil dulu) kalau tak ada baju baru alamat tak rayalah......Seronok betul jadi budak2 ni, tak payah nak susahkan kepala otak mereka, order saja pada ibubapa insyallah kalau kena pada caranya mesti dapat punya..... 

Mak mertua aku pulak tahun ni macam sibuk dan ghairah betul nak sambut raya. Buat kuih Tart lain, beli baju raya lain, beli kasut baru lagi tapi tu semua ada penajanya, siapa lagi kalau tak adik ipar aku yang bungsu tu. Yelah, masa nilah dia nak balas jasa mak dia yang dah bersusahpayah pelihara dia dari kecil sampai anak dara.

Suami aku lain pulak halnya. Tahun ni betul punya sibuk melayan dua orang tetamu QARI MESIR yang seperti biasa datang ke Singapura setiap Ramadan untuk memperdengarkan BACAAN AL QURAN BERTARANUM di seluruh Masjid di Singapura ni.  Jadi, suamiku mengambil kesempatan ini menjelajah keseluruh masjid di Singapura ini bersama beberapa orang SUKARELAWAN JEMAAH IQRA', maklumlah aku suami isteri kan merupakan penyokong SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'.  Selain menunaikan solat Tharawih, dapat pula mendengar TARANUM AL QURAN BACAAN 2 orang QARI ARAB ni yang memang power, live lagi!!!

Image hosted by Photobucket.com

Alamak! terlupa pulak aku, sebenarnya pagi ni aku dah plan nak bersihkan rumah bersama2 dengan anak aku yang sorang tu!!! maklumlah cuma hujung minggu saja aku dapat mengemas rumah aku, lagi pun pada hari Deepavali (Hari selasa malam Rabu ni) salah seorang dari QARI ARAB tu akan datang kerumah aku untuk memperdengarkan BACAAN TARANUM AL QURAN iaitu SHEIKH INZIL REJAL atas jemputan suami aku setelah mendapat kelulusan dari Habib Hassan Imam Masjid Ba'alwie, jadi tujuan aku mengemas rumah ni sebenarnya pasal nak sambut kedatangan orang yang mulia ni. 

"Sesungguhnya orang orang yang membaca AL QURAN, mendirikan sholat, dan membayarkan sebahagian harta yang telah kami rezekikan, dengan sembunyi sembunyi maupan terang terangan, adalah mereka itu mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi, Agar supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dari kurnianya.  Sungguh Allah itu Maha pengampun lagi Maha berterima kasih." (Surah Faathir ayat:29-30)
 
"Ya Allah, bagaimana aku memuliakan SHEIKH INZIL ahli AL QURAN ini disini, mudah mudahan kau muliakanlah aku di YAUMIL MASYAR nanti, Ya Allah!" begitulah doa hati kecilku.....

Oklah sampai disini dulu......(ini pun dah terbabas panjang lebar).

Posted at Sunday, October 30, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (7)  




Wednesday, October 19, 2005
CERPEN TERBAIK SINGAPURA - TIPS ISTIMEWA UNTUK WANITA DI BULAN RAMADHAN

 Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Dah 15 hari kita berpuasa.  Tentunya dipertengahan puasa begini yang paling sibuk sekali ialah kaum wanita.  Disini aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua kenalanku dimana saja berada.

Pada 1 Oktober yang lepas aku ada membaca suratkhabar Berita Harian keluaran khas CABARAN RAMADAN tulisan Abdul Rahman Basrun.  Tertarik benar aku akan artikel tersebut terutama tentang persiapan hari raya.  Maklumlah memang dah jadi tabiat kaum wanita termasuklah aku, selalunya kalau nak raya tu kalau boleh semuanya nak serba baru.  Baju nak baru, langsir nak baru, perabut nak baru, permaidani nak baru cuma tabiat dan sikap aje tak baru.  Naik heran aku dibuatnya!
Sebab tulah hari ni aku nak berkongsi tips istimewa untuk semua kaum ibu maklumlah aku dah tersedar yang semua tu hanya pembaziran belaka.

" Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir". (Surah Al A'Raaf A:31)

Tips yang boleh dijadikan panduan:-
1) Kurangkan keluar berbelanja untuk hari raya.  Basuh dan serikan baju kurung lama untuk dipakai semula. Zaman Nabi tak ada hadiah pun bagi baju kurung fesyen terbaru begitu juga zaman sekarang.

2) Jangan 'terover' hias rumah semasa Ramadhan. Rancang kerja rumah. Kalau boleh gotong royong dalam mengemas rumah.  Buat sikit sikit, jangan nanti beberapa hari sebelum nak raya, baru sibuk nak buat 'spring cleaning' dan cat rumah.  (Rugilah nak dapat fadilat 10 hari terakhir Ramadhan )

3) Basuh dan bersihkan bunga bunga plastic dan hiasan yang sedia ada, cuma tukar tukarkan saja kedudukannya dalam rumah kita, dah nampak macam hiasan baru. 

4) Langsir lama lama kalau belum lusuh lagi, basuh dan gunakan semula.  Cuma ketika menggantungnya jadilah kreatif sikit, gantung dgn cara yg berlainan pula, dah nampak macam langsir baru.

5) Tiada tuntutan dalam agama kita supaya rumah bertukar menjadi istana semasa menyambut Aidilfitri lagi pun Zaman Nabi tak ada pun hadiah untuk rumah tercantik musim raya begitu juga zaman sekarang cuma selalunya sendiri yang perasan.

6) Siapkan duit Raya dalam sampul surat dan duit pengangkutan (samada untuk isi minyak kereta sendiri atau tambang teksi) sejak awal awal lagi supaya tak perlu beratur panjang di bank.

7) Kalau tak mampu nak sediakan duit raya maklumlah ekonomi meleset, berilah apa saja yang terdaya yang dapat menghiburkan hati kanak kanak seperti bungkusan gula gula, coklat atau permainan yang tak melebihi budget.

Hah! macammana? Bagus tak tips yang diberikan ini? Mudah mudahan kita mendapat faedah daripadanya dan dapat membentuk sikap jimat cermat dan tidak membazir.

"Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu dan untuk membersihkan kamu sebersih-bersihnya". (Surah Al Ahzab A:33)



Posted at Wednesday, October 19, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen? (1)  




Friday, September 30, 2005
ULASAN TENTANG MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA KE 47

Image hosted by Photobucket.com 
Baru seminggu yang lalu aku menonton MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA ke 47.  Berbagai jenis bacaan AL QURAN dari pelbagai negara yang telah diperdengarkan.  Keputusannya pun sudah diketahui umum dengan peserta dari Indonesia menjadi JOHAN QARI manakala peserta dari Malaysia sendiri menjadi JOHAN QARIAH.

Image hosted by Photobucket.com
Yang lebih memeranjatkan aku tentang keputusan TILAWAH PERINGKAT ANTARABANGSA ini ialah apabila Qari dari Negara Mesir diumumkan sebagai pemenang kedua bahagian QARI.  Sepanjang pengetahuan aku memang sudah lama benar Mesir tidak mendapat tempat langsung dalam tangga teratas TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA.

Nampaknya para HAKIM MUSABAQAH TILAWAH PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA ke 47 sudah mula peka dan hendakkan perubahan pada bacaan para peserta TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA dimana sebelum ini para peminat SENI TARANUM AL QURAN di Negara Asia ini lebih cenderung kepada BACAAN AL QURAN QIRAAT HAFS ATAU HASHIM sedangkan sebenarnya terdapat berbagai lagi jenis QIRAAT yang kalau diselidiki dan dikaji dalam SENI BACAAN TARANUM AL QURAN seperti QIRAAT WARASH, QIRAAT HAMZAH dan banyak lagi.

Aku adalah salah seorang peminat SENI TARANUM AL QURAN, itulah sebabnya aku mengambil tahu, mengkaji, menyelidiki dan menyiasat tentang pelbagai jenis TARANUM AL QURAN sebab aku tahu itu adalah salah satu cara untuk aku membela Agama aku sendiri iaitu Agama Islam setelah aku berikrar mengaku Agama Islam itu adalah Agamaku, ALLAH adalah tuhan aku, Nabi Muhammad adalah Nabi aku dan pembela Agama Islam dan Kitab AL QURAN adalah Kitab aku.

"(Dan mengutus) seorang rasul yang  membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang terang, supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dari kegelapan kepada cahaya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan memasukkannya ke taman-taman Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya rezeki yang baik". (Surah At Thalaaq A : 11)

Pendapat aku kesedaran para hakim ini mungkin timbul adalah kerana pengedaran cd cd QARI ARAB dan QARI MESIR seperti SHEIKH MUSTAPHA ISMAEL, SHEIKH ABDUL BASIT ABD SAMAD, SHEIKH MUTTWALLI, SHEIKH ABU AL WAFA dan SHEIKH ABUL EINEIN SHEISHA yang semakin berleluasa sekarang ini yang telah disebarkan oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' di majlis majlis TILAWAH AL QURAN yang mereka sertai atau hadiri atau dipusat pusat pembelajaran, masjid masjid dan lain lain. 

Itulah kerja DAKWAH yang mereka lakukan sepanjang penglibatan mereka dalam bidang SENI TARANUM AL QURAN selain dari membuat persembahan BACAAN AL QURAN di rumah orang kahwin. 

Mudah mudahan dengan tersebarnya cd cd BACAAN AL QURAN dari QARI ARAB dan QARI MESIR ini dapat membuka minda para peminat SENI TARANUM AL QURAN supaya jangan jadi katak bawah tempurung.

Aku selalu bertanya diri aku kalau aku tak bela Agama aku sendiri, siapa pulak yang nak bela?????

Cubalah kawan kawan fikirkan tentang soalan soalan di bawah ini yang selalu aku ajukan pada diri aku sendiri, adakah kawan kawan semua pernah memikirkan soalan soalan sebegini?????     
   
    Asyik mengata orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik menyalahkan orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik mengutuk orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik merendahkan orang lain, Agama kamu tak bela
   
    Asyik berceloteh sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik berkuliah sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik berdakwah sana sini, Agama kamu tak bela
   
    Asyik bersajak berpuisi, Agama kamu tak bela
    Asyik bercerpen bernovel, Agama kamu tak bela
    Asyik berforum di internet, Agama kamu tak bela
    Asyik berchit-chat di IRC, Agama kamu tak bela
   
    Asyik bersembang di telefon, Agama kamu tak bela
    Asyik menonton televisyen, Agama kamu tak bela
    Asyik mengadap komputer, Agama kamu tak bela
   
    Asyik baca Al Quran, Agama kamu tak bela
    Asyik baca buku ilmiah, Agama kamu tak bela
    Asyik baca majalah tabloid, Agama kamu tak bela
   
    Asyik mengulit isteri, Agama kamu tak bela
    Asyik berkepit dengan suami, Agama kamu tak bela
    Asyik mengasuh anak, Agama kamu tak bela
   
    Asyik ber'e-mel' dengan kawan kawan, Agama kamu tak bela
    Asyik membelek handphone, Agama kamu tak bela
   
    Asyik mendengar ceramah sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik belajar Ugama sana sini, Agama kamu tak bela

Posted at Friday, September 30, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (4)  




Sunday, September 11, 2005
KERAMAHAN KAWAN YANG BARU AKU KENALI....

Image hosted by Photobucket.com
Kring....kring....kring..... kedengaran telefon berbunyi diruang tamuku.  Suamiku terus saja mengangkat telefon.

"Assalammualaiku," kedengaran satu suara memberi salam. 
"Waalaikumsalam," jawab suamiku. 

"Nong ye!" tanya suamiku lagi.
"Ye!" jawab Nong.  "Apahal Nong, kau telefon aku?"

"Begini Pin.(Panggilan singkat untuk suamiku) Tadi tukang masak Masjid Al Falah tempat kita BELAJAR TARANUM AL QURAN dengan Ustaz Ahmad Dini tu... dia tanya dengan aku, kenapa aku tak ajak kau orang semua makan NASI BRIYANI yang telah disediakan oleh pihak masjid untuk para peserta KURSUS RUMAHTANGGA.  Makanannya terlalu banyak tapi peserta yang datang tak sampai 50 orang.  Jadi dari terbuang begitu saja kan lebih baik kau orang tolong makan." terang Nong dengan begitu jelas sekali.

"Nong, sebenarnya kita orang bukan tak nak makan, tapi sebenarnya kita orang ada jemputan kenduri di tempat lain, jadi nak cepat balik.  Kau jangan kecil hati Nong, Insyallah! next week kalau kita orang datang belajar lagi kita orang takkan hampakan kau," suamiku menjawab pertanyaan Nong.

"Oklah, Pin.  Tapi minggu depan kau orang mesti makan tau sebab KURSUS RUMAHTANGGA tu lagi ada.  Itu aje Pin, yang aku nak bilang kau.  Assalammualaikum!" "Waalaikumsalam!" balas suamiku.

Begitulah perbualan singkat antara suamiku dengan kawan lamanya.  Walaupun sebelum ini aku tidak pernah pun mengenali Nong tapi dari perbualannya, tingkah lakunya, budi bahasanya, pada pendapat aku Nong ni memang baik orangnya.  Selalu berbaik sangka terhadap orang lain dan suka menolong orang lain.  Alangkah bagusnya kalau dia tahu sifat beginilah yang wajib dipupuk sampai mati supaya menjadi pendiriannya. 

"Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (terjemahan dari Surah Al imran A: 104)


Seorang yang baik yang akan kembali ke tempat yang baik dan kepada Zat yang baik.  Zaman sekarang teramat jarang untuk berjumpa dengan orang2 sebegini yang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan manusia.  Amat kagum aku dengan orang2 yang bersifat begini.

Ini adalah contoh untuk diri aku untuk mengubah sifat diri sendiri kepada sifat yang baik2 sampai aku mati sebagaimana sifat2 para anbiya' dan aulia' kerana aku yakin dan pasti suatu hari nanti aku akan kembali membawa sifat diri yang terpuji untuk berhadapan dengan Tuhan aku Yang Maha Agung.
 
"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui," (terjemahan Surah An -Nahl A : 41)


Posted at Sunday, September 11, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (5)  




Wednesday, September 07, 2005
SAJAK TENTANG AGAMA TERBAIK SINGAPURA - KAWAN DIAKHIR ZAMAN INI.....

Image hosted by Photobucket.com

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya

Yang benar benar sibuk

Untuk mengubah sikapnya

Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah

Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah  
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri

Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri  untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah  alam barzakh itu tidak akan ditempuh

 

"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi". (Surah At Taubah A : 69) 


 


Posted at Wednesday, September 07, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (2)  




Friday, August 12, 2005
CERPEN TERBAIK SINGAPURA - KOPI KOW 434(KOPI KEGEMARAN RAMAI)!!!!!

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Hish! dalam sibuk2 aku pergi belajar TARANUM AL QURAN, masih ada juga kesempatan untuk aku sekeluarga pergi ke Muar untuk membeli KOPI KOW 434(gelaran yang cik PK berikan).  Kali ni aku berpeluang mengambil gambar KEDAI KOPI SAI KEE(diambil sempena nama pemiliknya)dari luar dan dalamnya.  Nampaknya tuan kedai tak marah pun maklumlah aku ni kan pelanggan tetapnya, (lagipun kalau tak ada orang macam aku sekeluarga ni yang gila minum KOPI 434, alamat susahlah dia nak cari makan....keh!keh!keh!keh!)

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Memang power, baunya aje harum semerbak!  Aku sekeluarga tak melepaskan peluang untuk menikmati secawan kopi berserta roti bakar sementara menunggu tempahan kopi aku siap ditinkan.

Ni.... aku nak cerita sedikit tentang sejarah pemilik kedai KOPI 434.....
Pemilik kedai KOPI 434 ni memang bijak dan berkeliber orangnya.  Dulu 10 tahun yang lalu masa mula mula berniaga, aku masih ingat lagi kedai dia ni kecil aje.  Masa tu dia tak pakai pekerja pun, semua kerja dibuat sendiri dibantu oleh isteri dan anak anaknya.  Lepas beberapa tahun dia besarkan pula kawasan kedainya itu, dan satu pekerja diambilnya sebab pelanggan dah mula ramai.

Image hosted by Photobucket.com

Selang beberapa tahun lagi aku lihat kedainya semakin besar dan para pekerjanya pun dah mula bertambah dari satu ke enam pekerja dan lebih memeranjatkan lagi dia sediakan pula tempat untuk para pelanggannya minum kopi(coffee corner) jadi sambil membeli, mereka dapat menjamu selera juga..... Menunya pun dah bertambah bukan setakat KOPI 'O' saja, sebaliknya ada roti bakar, telur separuh masak, KOPI CAPPUCINNO, ada KOPI 434 SPECIAL, ada KOPI 434 campur teh uncang dan lagi ada ice cream perisa KOPI 434.... sedapnya!!!!

Image hosted by Photobucket.com

Hiasan dalaman kedainya juga menarik, terdapat dua keping gambar frame monalisa yang digantung rapi di dinding. Koleksi cawan berserta piring yang ada cop KOPI 434 pun ada dipamirkan dalam kabinet kaca yang dihiasi cantik dengan lampu hiasan.  Di setiap penjuru kornisnya pula ada lampu warna kuning keemasan dan design dalamannya lebih berbentuk ala country.  Kreatif betul si pemilik kedai KOPI 434 ni untuk menarik hati para pelanggannya.  Kagum aku tengok sikap dia berniaga.....

Selalunya kalau aku beli KOPI 434 ni memang dia akan ketawa besar sebab aku beli sampai 20 kg maklumlah aku ni banyak saudara mara, jadi dia orang pun suruh belikan sekali.....

Jadi kalau ada member member blogger lain yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah berhubung dengan aku (agent KOPI 434) melalui e-mail aku yang tertera dalam blog ni....Image hosted by Photobucket.com
Jangan segan segan pulak..... siapa cepat dia dapat.....

  

Posted at Friday, August 12, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (3)  




Monday, August 01, 2005
BELAJAR TARANUM AL QURAN

Image hosted by Photobucket.com

Hai! Apakhabar kawan kawan semua?  Apakhabar Penggali Kubur, Nonleo, Adik Comel, Nenek Sariah, Raszain, Alzn, Cheeff, Bobooi, Kak Sab, Basita, Zu408, Lady Preety Bara, Budak Bunian, Acid Maisya, CT, Ucu dan ramai lagi kenalan blog ni?

Dah sebulan aku tak update blog ni, bukannya apa, bukan aku sakit sebagaimana cik P.K sangkakan ( jom pekena kopi kaw 434!), bukan pasal sibuk rampingkan pinggang sebagaimana Nonleo fikirkan tapi sejak sebulan kebelakangan ini aku begitu sibuk mempelajari ilmu TARANUM AL QURAN maklumlah dengar khabar Ustaz Hj. Ahmad Dini bin Hj. Amir (yang pernah menjadi JOHAN QARI TILAWAH KEBANGSAAN SINGAPURA selama 3 kali) akan menganjurkan TILAWAH AL QURAN terbuka seluruh Singapura.

Jadi inilah masanya untuk aku berusaha dengan lebih keras lagi untuk kemantapan LAGU TARANUM AL QURAN aku.  Tapi sebenarnya bukan pasal nak masuk TILAWAH AL QURAN saja baru aku nak sibuk sibukkan diri, sebaliknya kerana aku memang berminat membaca AL QURAN dan berminat untuk mendalami lagi ilmu LAGU TARANUM AL QURAN tak kiralah samada bacaan TARANUM AL QURAN yang di sampaikan oleh QARI MESIR ke, QARI SINGAPURA ke, QARI MALAYSIA ke atau mana mana QARI TARANUM AL QURAN dari mana mana negara Asean atau QARI ARAB dan QARI TIMUR TENGAH. 

Yang lebih memberi aku semangat lagi ialah suami dan kawan kawan aku pun sama sama mempunyai minat yang sama jadi kami bertujuh pun memulakan langkah yang pertama dengan mengunjungi Ustaz Mohd Akhir bin Md. Salleh di Bukit Batok. (dari Kelantan yang telah mengajar TARANUM AL QURAN selama 20 tahun di SINGAPURA)

Bila sampai saja di rumah Ustaz, kami disuruh baca seorang demi seorang selama 7 minit (masa yang telah ditetapkan untuk PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN SINGAPURA).  Bila selesai membaca, barulah Ustaz komen TAJWID dan TARANUM AL QURAN.  Dari komen yang Ustaz berikan barulah aku tau sebenarnya memang banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari tentang ilmu TARANUM AL QURAN ini yang memang tak kan habis selagi hayat dikandung badan.  Sesungguhnya AL QURAN ini memang mukjizat terbesar yang amat menakjubkan.  SUBHANALLAH!

Image hosted by Photobucket.com

Surah Al Hasyr ayat 21 maksudnya,
"Sekiranya Kami menurunkan Al Quran ini keatas gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan terpecah belah kerana ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka memikirkan".

Selepas pergi belajar dengan Ustaz Mohd Akhir, pada pertengahan bulan Julai yang baru berlalu kami bertujuh pergi ke rumah Ustaz Wahib bin Warren pula. (JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN SINGAPURA sebanyak 4 kali)  Sama juga caranya, kami membaca dan kemudian Ustaz memberi komen. 

Semalam kami telah pergi ke Masjid Al Falah dimana Ustaz Ahmad Dini mengajar TARANUM AL QURAN.  Kali ini lagi seronok kerana kami membaca menggunakan microfon.  Ini adalah suatu peluang untuk kami berlatih menggunakan microfon supaya jadi biasa apabila kami menyertai PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN yang akan dianjurkan oleh Ustaz Ahmad Dini selepas hari raya aidilfitri nanti, Insyallah! Ruang dan suasana Masjid Al Falah yang luas juga memainkan peranan, membuatkan suara kami kedengaran begitu bergema sekali sehinggakan orang yang yang lalu lalang diluar masjid pun dapat mendengar bacaan kami.

**********************************************************************************

P*S ~ untuk tidak menghampakan permintaan Nonleo di sini aku sertakan sekali petua macamana nak langsingkan badan.  Senang saja:- 

i)   kurangkan makanan yang terlalu banyak kanji seperti nasi, mee kuning. (Amalkan permakanan yang sihat) 
ii)  kurangkan minuman manis sebaliknya minum lebih banyak air putih.
iii) kurangkan tidur di waktu siang sebaliknya gantikan dengan kegiatan lain yang boleh mengeluarkan peluh yang banyak .
iv) kurangkan tidur di waktu malam ( 2 atau 3 jam sudah memadai) untuk hilangkan penat bekerja siang hari.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

v)  makan lebih banyak buah buahan dan sayur sayuran

Petua ini memang menyeksakan pada mulanya tetapi kalau diamalkan lama kelamaan  jadi kebiasaan.

Cubalah! Insyallah mujarab.

Posted at Monday, August 01, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (4)  




Sunday, June 26, 2005
CERPEN TERBAIK SILAT PENGANTIN

Cuti sekolah bulan Jun dah nak berakhir.  Sekolah pun nak dibuka semula.  Aku pulak macam biasa sibuk dengan tugas harian.  Bila musim cuti sekolah biasalah banyak orang makan nasi minyak.  Ada juga kanak kanak yang berkhatan, ada yang bertunang dan macam macam majlis lagilah.  Pendek kata banyak betullah aktiviti musim cuti ni maklum sebulanlah katakan...

Aku nak bercerita sikit, pada 19hb Jun yang baru lalu, aku dapat jemputan perkahwinan di Yishun. 
Image hosted by Photobucket.com
Tak sangka pulak bila aku pergi ke majlis tu rupa rupanya si tuan rumah ada menjemput kumpulan SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' mengaji di kolong blog tersebut.  Aku pun apalagi tak lepaskan peluang menikmati BACAAN TARANUM AL QURAN ala QARI MESIR oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' maklumlah aku ni kan penyokong setia mereka.
Image hosted by Photobucket.com
Apa yang mengagumkan aku pada hari itu ialah persembahan trio oleh 3 orang ahli SUKARELAWAN JEMAAH IQRA yang diselangselikan dengan persembahan qoir SUKARELAWAN JEMAAH IQRA.  Setahu aku sebelum ini, belum ada lagi persembahan sebegini di Singapura ni.  Dia orang memang kreatiflah.
Image hosted by Photobucket.com
Apabila pengantin lelaki sampai persembahan TILAWAH DAN TARANUM AL QURAN itu dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada KUMPULAN KOMPANG membuat persembahan mereka pula.
Seperti biasalah, bila ada kompang tentu ada yang bersilat pengantin. 
Image hosted by Photobucket.com
Hari itu amat istimewa kerana yang bersilat pengantin bukan saja lelaki tetapi ada juga 2 orang remaja perempuan.  Amat jarang sekali aku lihat remaja perempuan bersilat pengantin.
Image hosted by Photobucket.com
Selepas acara bersilat kini tibalah pula sesi mengambil gambar bersama pengantin pula.  Sementara itu para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' tidak melepaskan peluang untuk mendeklimasikan PUISI PENGANTIN secara bergilir gilir.  Eh!eh!... tak sangka pulak aku yang dia orang ni bukan saja kreatif dalam BERTILAWAH AL QURAN dan TARANUM AL QURAN malah pandai pula mendeklimasikan PUISI PENGANTIN.  Dia orang ni memang betul betul berbakatlah!
Image hosted by Photobucket.com
Aku rasa memang tak rugi aku datang kemajlis perkahwinan tersebut, kerana disamping dapat menikmati juadah MASAKAN NASI BRIYANI, aku juga dapat menikmati persembahan TILAWAH dan TARANUM AL QURAN ala QARI MESIR oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' selain persembahan KUMPULAN KOMPANG dan SENI SILAT PENGANTIN.  Pendekkata berbaloilah......

Posted at Sunday, June 26, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (4)  




Monday, May 09, 2005
CERPEN TERBAIK SINGAPURA - PERGI KENDURI UMRAH DAN SAMBUT HARI IBU

Image
Wah! dah lama betul aku tak tulis dalam blog ni.  Rasanya dah 3 minggu.  Bukannya apa, bila on computer saja, firstly aku mesti jengok dulu blogger yang lain, tengok kalau2 ada update yang baru.

Surf blogger lain aje dah makan 1 atau 2 jam masa aku.  Bila nak start entry aje jam pulak dah menunjukkan pukul 12.00 tengahmalam atau kadang2 pukul 1.00 pagi.  Habis macamana nak tulis, esok pulak pagi2 dah nak bangun pergi kerja..... Hai!!! begitulah hari2.....

Tapi hari ni aku tak kisah, apa nak jadi pun jadilah.  Aku dah gian sangat sebab dah lama tak tulis.  Tapi nak tulis apa eh!!! la..... idea pulak tak datang.  Hish! leceh betullah.  Oklah jomlah baca cerita aku pergi kenduri umrah kat rumah abang ipar aku.

Yang mengetuai majlis doa selamat tu pun bukan orang lain, abang ipar aku juga.  Hajat tuan rumah sebenarnya ialah kenduri doa selamat pasal nak tunaikan umrah.  Selain itu pasal sambutan Hari Ibu yang jatuh pada hari ini.  Selamat Hari Ibu untuk semua kaum ibu.  Cakap pasal hari ibu ni, terlupa pulak aku belum ucap selamat untuk mak aku di kampung. 

Berbalik pada majlis doa selamat tadi, aku joint sekali apa2 bacaan yang dibaca oleh abang ipar aku tu.  Teringat aku sepuluh tahun yang lalu, banyak orang yang selalu buat kenduri.  Macam2 kendurilah. Nampaklah budaya islam. 

Pada masa tu kalau minggu2 pergi kenduri pun tak apa, dapat makan free.
Tapi sekarang ni nak tengok orang melayu islam yang buat kenduri doa selamat ni boleh dikira dengan jari aje.  Yang buat open house macam orang putih tu banyaklah.  Bukannya apa, orang kata modenlah sikit yang secara tak langsung sedikit2 dah buang budaya islam sendiri.

Cubalah bayangkan, zaman aku sekarang ni aje nak cari kumpulan tahlil atau yassin aje dah susah.  Orang dah malas.  Agak2nya lah bila zaman anak aku besar nanti lagi teruk malah majlis kenduri ni jadi janggal pulak dan akan dikatakan sebagai orang kuno.

Kan bagus kalau dalam satu keluarga tu buat giliran kenduri atau dulu2 orang panggil kumpulan Yassin.  Dari satu rumah ke satu rumah berlarutan sampai satu tahun.  Nanti ulang lagi.  Dengan cara begini tentu budaya islam ni takkan pupus dan generasi akan datang pun tak lah jadi jakun. 

Tapi aku ni macam ye2 aje, entah orang suka ke tidak idea aku ni.  Menyusahkan orang aje.  Dahlah kena jemput orang datang baca yassin kat rumah, lepas tu nak kena masak2 pulak pasal nak jamu dia orang makan.  Lepas tu bila dia orang dah makan, nak kena kemas pulak.  Kalau tak kemas, rumah pulak jadi macam tong sampah.  Hish!!! memang menyusahkan betul.  Orang sekarang kan lebih suka freedom.  Tak kacau orang, tak ambil tau hal orang dan macam2 lagi lah yang aku tau semuanya tu susah nak bangkang punya.  Walau macamanapun kau orang boleh bawak berfikir idea aku tu.  Kalau setuju jangan tunggu2 lagi baik kita mulakan sekarang.
 
Dah jauh betul aku bawak fikiran kau orang melayang.  Makanan yang disediakan tadi agak ringan juga, lontong dan bee hoon goreng.  Tapi gerek juga.  Dah habis makan apalagi duduk sembang2 pasal pergi umrah.  Lepas tu tak reti2 lagi, baliklah......

Aku sekeluarga singggah sekejap kat restoren, tekak terasa haus, rasa nak minum ais krim dan ais kacang.  Kami pun duduk berbual2 lagi.  Tengah berbual2, tiba2 ring!!!ring!!!ring!!! handphone suami aku berbunyi.  Terdengar suara kakak ipar aku yang sorang lagi tu.  Dia ajak mak mertua aku pergi makan lagi kat sate club (Sembawang Shopping Center).  Katanya nak sambut Hari Ibu lagi.....  Mak mertua aku seperti biasa, bab2 jalan macam ni, dia jadi aje.  Cepat betul dia punya idea jalan, suruh kakak ipar aku telefon adik beradik yang lain.  Alamak, kakak ipar aku cuma nak ajak mak mertua aku saja, tapi pasal mak mertua aku dah suruh calling yang lain2, nak tak nak terpaksalah juga..... (nak jaga hati mak mertualah katakan.....)

Lepas tu kami balik.  Sampai kat rumah adik ipar aku pulak telefon, tanya kalau2 aku dijemput sama, aku kata,"ya."  Tapi aku tak dapat pergi.  Penat.  Jadi seperti biasa adik2 ipar ni, kalau aku dan suami aku tak pergi, dia orang pun sama juga.  Jadi pasal tak ada orang yang nak pergi, mak mertua aku pun tak jadi pergi juga.  Tak ada orang nak bawa.  Kesian dia.....  terpaksalah dia tengok T.V.  Tak apalah ye mak.  Sekali2 mak duduk rumah satu hari pada hari minggu ni, tak salah kan!   Esok2 bolehlah plan rancangan lain pulak......

Lagi pun sambut ke tak sambut ke Hari Ibu, mak tetap mak mertua aku sampai akhir hayat.  Takkan ada gantinya.  (SASTERA.... SASTERA.... SASTERA....)macam biasa dengar dialog ni...

Hah! kau orang tengok, dah panjang berjela celoteh aku ni.  Dahlah aku nak berhenti dulu kat sini. 
Nak tengok, suami aku tu dah bangun ke belum sebab tiba2 aje perut terasa lapar pulak.

Sampai jumpa lagi......

Posted at Monday, May 09, 2005 by masmerah
Dah ramai yang komen?s (5)  




Next Page











My fairy name is Esmerelda Silvery Primrose.
Take What's Your Fairy Name? by badasstronaut today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

My Japanese name is Masae Matsumara.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


NAMA

Nama aku masmerah. Nak panggil mas boleh. Nak panggil merah pun boleh.

KEGEMARAN

Minat baca QURAN, minat dengar TARANUM QURAN, minat tonton TILAWAH MUSABAQAH AL QURAN terutama PERINGKAT ANTARABANGSA, minat galakkan famili dan kawan2 baca QURAN.


PEKERJAAN

Pembantu peribadi pada suami.

PERKARA YANG AMAT SENANG DILAKUKAN BILA ADA MASA LAPANG.

Baca quran samada sendiri, bersama suami atau pun dengan keluarga yang lain, menulis didalam blog, menonton cerita kelakar terutama cerita2 P.Ramlee, cerita SERAM,cerita SEDIH dan macam macam cerita TERBAIK lagi.

KENANGAN MANIS DALAM HIDUP

Pertama kali dilamar suami tersayang.

KENANGAN PAHIT

Bila dirotan sampai berdarah tangan oleh Mak guru ngaji sewaktu pertama kali belajar ngaji Quran DI KELAS MENGAJI QURAN DIKAMPUNGKU suatu ketika dulu.

PERKARA YANG PALING MEMBAHAGIAKAN

Dapat membahagiakan org lain.

SLOGAN

Mendidik hati sendiri cenderung pada kebaikan yang diredai Allah Taala.

BILA ADA MASA LAPANG

AKU SUKA BACA CERPEN SINGAPURA, CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN PILIHAN SINGAPURA, CERPEN CINTA SINGAPURA, CERPEN SERAM SINGAPURA, CERPEN KELAKAR SINGAPURA, CERPEN SEDIH SINGAPURA, CERPEN TAULADAN SINGAPURA DAN BERBAGAI BAGAI CERPEN YANG TERBAIK DARI LUAR NEGARA.

BARU BARU INI AKU MULA BERJINAK JINAK PULA DENGAN PUISI SINGAPURA, PUISI CINTA SINGAPURA, PUISI KASIH SINGAPURA, PUISI SEDIH SINGAPURA, NOVEL CINTA, SAJAK CINTA, KOLEKSI PANTUN SINGAPURA.



Jom marilah singgah! Jangan malu-malu



MMeek
AAstounding
SSlippery
MMagical
EExplosive
RRespectable
AAstounding
HHealthy

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com









Image hosted by Photobucket.com


   





<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30



Kawan-kawan blog Mas:-
1) Katakami
2) Cheeff
3) Basita
4) Adikcomel
5) Sariah
6) Jiwa Apa
7) Bobooi
8) Raszain
9) Nonleo
10) Alzn
11) Pak Uda
12) Asalaku
13) NCC
14) Zu 408



LINK KEBEBERAPA WEBSITE UNTUK MENDENGAR BERBAGAI TARANUM QARI MESIR ATAU TIMUR TENGAH

ASWATISLAM

ISLAMWAY

SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'

ISLAMICITY

HARUN YAHYA

IKHLASBAIK

QARI_SINGAPURA

QARI MELAYU

RUMAH MAAL SJI



KENALAN BLOG YG MAS SUKA SINGGAH
Acidmaisya
Senja
Penggali Kubur
Lady Pretty Bara
Dak_Nian



ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE:-
Free Hit Counter






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed