|
Aku nak bercerita sikit, pada 19hb Jun yang baru lalu, aku dapat jemputan perkahwinan di Yishun. ![]() Tak sangka pulak bila aku pergi ke majlis tu rupa rupanya si tuan rumah ada menjemput kumpulan SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' mengaji di kolong blog tersebut. Aku pun apalagi tak lepaskan peluang menikmati BACAAN TARANUM AL QURAN ala QARI MESIR oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' maklumlah aku ni kan penyokong setia mereka. ![]() Apa yang mengagumkan aku pada hari itu ialah persembahan trio oleh 3 orang ahli SUKARELAWAN JEMAAH IQRA yang diselangselikan dengan persembahan qoir SUKARELAWAN JEMAAH IQRA. Setahu aku sebelum ini, belum ada lagi persembahan sebegini di Singapura ni. Dia orang memang kreatiflah. ![]() Apabila pengantin lelaki sampai persembahan TILAWAH DAN TARANUM AL QURAN itu dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada KUMPULAN KOMPANG membuat persembahan mereka pula. Seperti biasalah, bila ada kompang tentu ada yang bersilat pengantin. ![]() Hari itu amat istimewa kerana yang bersilat pengantin bukan saja lelaki tetapi ada juga 2 orang remaja perempuan. Amat jarang sekali aku lihat remaja perempuan bersilat pengantin. ![]() Selepas acara bersilat kini tibalah pula sesi mengambil gambar bersama pengantin pula. Sementara itu para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' tidak melepaskan peluang untuk mendeklimasikan PUISI PENGANTIN secara bergilir gilir. Eh!eh!... tak sangka pulak aku yang dia orang ni bukan saja kreatif dalam BERTILAWAH AL QURAN dan TARANUM AL QURAN malah pandai pula mendeklimasikan PUISI PENGANTIN. Dia orang ni memang betul betul berbakatlah! ![]() Aku rasa memang tak rugi aku datang kemajlis perkahwinan tersebut, kerana disamping dapat menikmati juadah MASAKAN NASI BRIYANI, aku juga dapat menikmati persembahan TILAWAH dan TARANUM AL QURAN ala QARI MESIR oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' selain persembahan KUMPULAN KOMPANG dan SENI SILAT PENGANTIN. Pendekkata berbaloilah...... |
| Masmerah July 1, 2005 12:21 AM PDT Terimakasih kawan kawan semua yang menyokong mas dan SUKARELAWAN JEMAAH IQRA. Utk pengetahuan kamu semua kalau nak dengar BACAAN TILAWAH DAN TARANUM AL QURAN, marilah kita semua beramai ramai penuhkan kerusi di Pusat Islam Singapura untuk menyaksikan PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN SINGAPURA pada hari Sabtu dan Ahad ini. Jom kita pergi ramai2..... | ||
| Name June 30, 2005 08:29 PM PDT Wah Mas, untung dapat hadir dimajlis perkahwinan yang ada bacaan taranum Al Quran. Lain kali ajaklah Cheeff. Cheeff pun penyokong SJI. Jangan lupa tau. | ||
| zu June 29, 2005 08:27 PM PDT Mas cemburu zu di buatnya .... lain kali zu pun nak ikut mas pergi ke majlis di mana ada bacaan Alquran | ||
| Sab June 28, 2005 03:08 AM PDT Nampak meriah betul majlis persandingan tu... ada persembahan bacaan al Quran lagi. Semoga kedua mempelai dan ahli keluarga nya diberkati Allah kerana memuliakan majlis al Quran. | ||
| Leave a Comment: |