|
![]() ![]() Hish! dalam sibuk2 aku pergi belajar TARANUM AL QURAN, masih ada juga kesempatan untuk aku sekeluarga pergi ke Muar untuk membeli KOPI KOW 434(gelaran yang cik PK berikan). Kali ni aku berpeluang mengambil gambar KEDAI KOPI SAI KEE(diambil sempena nama pemiliknya)dari luar dan dalamnya. Nampaknya tuan kedai tak marah pun maklumlah aku ni kan pelanggan tetapnya, (lagipun kalau tak ada orang macam aku sekeluarga ni yang gila minum KOPI 434, alamat susahlah dia nak cari makan....keh!keh!keh!keh!) ![]() ![]() Memang power, baunya aje harum semerbak! Aku sekeluarga tak melepaskan peluang untuk menikmati secawan kopi berserta roti bakar sementara menunggu tempahan kopi aku siap ditinkan. Ni.... aku nak cerita sedikit tentang sejarah pemilik kedai KOPI 434..... Pemilik kedai KOPI 434 ni memang bijak dan berkeliber orangnya. Dulu 10 tahun yang lalu masa mula mula berniaga, aku masih ingat lagi kedai dia ni kecil aje. Masa tu dia tak pakai pekerja pun, semua kerja dibuat sendiri dibantu oleh isteri dan anak anaknya. Lepas beberapa tahun dia besarkan pula kawasan kedainya itu, dan satu pekerja diambilnya sebab pelanggan dah mula ramai. ![]() Selang beberapa tahun lagi aku lihat kedainya semakin besar dan para pekerjanya pun dah mula bertambah dari satu ke enam pekerja dan lebih memeranjatkan lagi dia sediakan pula tempat untuk para pelanggannya minum kopi(coffee corner) jadi sambil membeli, mereka dapat menjamu selera juga..... Menunya pun dah bertambah bukan setakat KOPI 'O' saja, sebaliknya ada roti bakar, telur separuh masak, KOPI CAPPUCINNO, ada KOPI 434 SPECIAL, ada KOPI 434 campur teh uncang dan lagi ada ice cream perisa KOPI 434.... sedapnya!!!! ![]() Hiasan dalaman kedainya juga menarik, terdapat dua keping gambar frame monalisa yang digantung rapi di dinding. Koleksi cawan berserta piring yang ada cop KOPI 434 pun ada dipamirkan dalam kabinet kaca yang dihiasi cantik dengan lampu hiasan. Di setiap penjuru kornisnya pula ada lampu warna kuning keemasan dan design dalamannya lebih berbentuk ala country. Kreatif betul si pemilik kedai KOPI 434 ni untuk menarik hati para pelanggannya. Kagum aku tengok sikap dia berniaga..... Selalunya kalau aku beli KOPI 434 ni memang dia akan ketawa besar sebab aku beli sampai 20 kg maklumlah aku ni banyak saudara mara, jadi dia orang pun suruh belikan sekali..... Jadi kalau ada member member blogger lain yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah berhubung dengan aku (agent KOPI 434) melalui e-mail aku yang tertera dalam blog ni.... ![]() Jangan segan segan pulak..... siapa cepat dia dapat..... |
| marini_natasha July 9, 2007 10:37 AM PDT Salam Ukhuwah, Mas.. Dalam banyak2 kopi, saya paling suka minum NACOFE! Walaupun ada pelbagai pilihan kopi lain di Malaysia, tetapi NACOFE tetap di hati. Selain aromanya yang menyegarkan, ia juga mempunyai nilai kesihatan. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Ia gabungan kopi Arabica + tongkat ali + maca. Boleh dapat sampel percuma lagi tu. Taip: NAMA<space>ALAMAT<space>NACOFE dan hantar ke 60194333186. | ||
| ZU August 21, 2005 11:05 PM PDT Ehhh! Mas sekarang sudah jadi promoter kopi 434 pula ...heee, hee. Baca blog mas air liur pun sudah jatuh ..... sorry .... nak cari kopi sekarang juga | ||
| Sab August 14, 2005 10:49 AM PDT Wah! kopi 434 lagi.... Sungguh segar dan harum bau nya... | ||
| Leave a Comment: |