Entry: ULASAN TENTANG MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA KE 47 Friday, September 30, 2005



Image hosted by Photobucket.com 
Baru seminggu yang lalu aku menonton MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA ke 47.  Berbagai jenis bacaan AL QURAN dari pelbagai negara yang telah diperdengarkan.  Keputusannya pun sudah diketahui umum dengan peserta dari Indonesia menjadi JOHAN QARI manakala peserta dari Malaysia sendiri menjadi JOHAN QARIAH.

Image hosted by Photobucket.com
Yang lebih memeranjatkan aku tentang keputusan TILAWAH PERINGKAT ANTARABANGSA ini ialah apabila Qari dari Negara Mesir diumumkan sebagai pemenang kedua bahagian QARI.  Sepanjang pengetahuan aku memang sudah lama benar Mesir tidak mendapat tempat langsung dalam tangga teratas TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA.

Nampaknya para HAKIM MUSABAQAH TILAWAH PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA ke 47 sudah mula peka dan hendakkan perubahan pada bacaan para peserta TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA MALAYSIA dimana sebelum ini para peminat SENI TARANUM AL QURAN di Negara Asia ini lebih cenderung kepada BACAAN AL QURAN QIRAAT HAFS ATAU HASHIM sedangkan sebenarnya terdapat berbagai lagi jenis QIRAAT yang kalau diselidiki dan dikaji dalam SENI BACAAN TARANUM AL QURAN seperti QIRAAT WARASH, QIRAAT HAMZAH dan banyak lagi.

Aku adalah salah seorang peminat SENI TARANUM AL QURAN, itulah sebabnya aku mengambil tahu, mengkaji, menyelidiki dan menyiasat tentang pelbagai jenis TARANUM AL QURAN sebab aku tahu itu adalah salah satu cara untuk aku membela Agama aku sendiri iaitu Agama Islam setelah aku berikrar mengaku Agama Islam itu adalah Agamaku, ALLAH adalah tuhan aku, Nabi Muhammad adalah Nabi aku dan pembela Agama Islam dan Kitab AL QURAN adalah Kitab aku.

"(Dan mengutus) seorang rasul yang  membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang terang, supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan dari kegelapan kepada cahaya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan memasukkannya ke taman-taman Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya rezeki yang baik". (Surah At Thalaaq A : 11)

Pendapat aku kesedaran para hakim ini mungkin timbul adalah kerana pengedaran cd cd QARI ARAB dan QARI MESIR seperti SHEIKH MUSTAPHA ISMAEL, SHEIKH ABDUL BASIT ABD SAMAD, SHEIKH MUTTWALLI, SHEIKH ABU AL WAFA dan SHEIKH ABUL EINEIN SHEISHA yang semakin berleluasa sekarang ini yang telah disebarkan oleh para SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' di majlis majlis TILAWAH AL QURAN yang mereka sertai atau hadiri atau dipusat pusat pembelajaran, masjid masjid dan lain lain. 

Itulah kerja DAKWAH yang mereka lakukan sepanjang penglibatan mereka dalam bidang SENI TARANUM AL QURAN selain dari membuat persembahan BACAAN AL QURAN di rumah orang kahwin. 

Mudah mudahan dengan tersebarnya cd cd BACAAN AL QURAN dari QARI ARAB dan QARI MESIR ini dapat membuka minda para peminat SENI TARANUM AL QURAN supaya jangan jadi katak bawah tempurung.

Aku selalu bertanya diri aku kalau aku tak bela Agama aku sendiri, siapa pulak yang nak bela?????

Cubalah kawan kawan fikirkan tentang soalan soalan di bawah ini yang selalu aku ajukan pada diri aku sendiri, adakah kawan kawan semua pernah memikirkan soalan soalan sebegini?????     
   
    Asyik mengata orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik menyalahkan orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik mengutuk orang lain, Agama kamu tak bela
    Asyik merendahkan orang lain, Agama kamu tak bela
   
    Asyik berceloteh sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik berkuliah sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik berdakwah sana sini, Agama kamu tak bela
   
    Asyik bersajak berpuisi, Agama kamu tak bela
    Asyik bercerpen bernovel, Agama kamu tak bela
    Asyik berforum di internet, Agama kamu tak bela
    Asyik berchit-chat di IRC, Agama kamu tak bela
   
    Asyik bersembang di telefon, Agama kamu tak bela
    Asyik menonton televisyen, Agama kamu tak bela
    Asyik mengadap komputer, Agama kamu tak bela
   
    Asyik baca Al Quran, Agama kamu tak bela
    Asyik baca buku ilmiah, Agama kamu tak bela
    Asyik baca majalah tabloid, Agama kamu tak bela
   
    Asyik mengulit isteri, Agama kamu tak bela
    Asyik berkepit dengan suami, Agama kamu tak bela
    Asyik mengasuh anak, Agama kamu tak bela
   
    Asyik ber'e-mel' dengan kawan kawan, Agama kamu tak bela
    Asyik membelek handphone, Agama kamu tak bela
   
    Asyik mendengar ceramah sana sini, Agama kamu tak bela
    Asyik belajar Ugama sana sini, Agama kamu tak bela

   4 comments

HILMI> TELOKRIMBA
October 24, 2006   09:57 PM PDT
 
terima kasih!!
basita
October 21, 2005   11:20 PM PDT
 
Kak Masmerah, boleh tak saya bertanya . Macamana caranya nak bela agama kita? Selamani basita ashik sibuk dengan suami dan anak-anak. Bila baca artikel Kak Masmerah rasanya macam baru kena ketuk kepala memberikan satu kesedaran.
nonleo
October 2, 2005   11:54 PM PDT
 
Well..well..baru nak tanya ashik seronok masak bagaimana pula?
Baguslah Cheeff dah pun jawab. What about :-
Ashik makan sedap-sedap
Ashik tidur
Ashik pergi shopping
Ashik pergi picnic
Ashik meleter suruh anak2 solat
Ashik kira duit
a
Cheeff
September 30, 2005   06:54 PM PDT
 
Syabas Mas...Cheeff tertarik pada artikel Mas mengenai membela agama. Terkena pada muka Cheeff sendiri yang selama ini bela pada masakan. Dan Cheeff sendiri tak pasti adakah Cheeff bela masakan atau tidak. Cheeff hanya lakukannya sahaja. T'kasih kerana ingatkan Cheeff tentang agama.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments