|
![]() ![]() ![]() Dah 15 hari kita berpuasa. Tentunya dipertengahan puasa begini yang paling sibuk sekali ialah kaum wanita. Disini aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua kenalanku dimana saja berada. Pada 1 Oktober yang lepas aku ada membaca suratkhabar Berita Harian keluaran khas CABARAN RAMADAN tulisan Abdul Rahman Basrun. Tertarik benar aku akan artikel tersebut terutama tentang persiapan hari raya. Maklumlah memang dah jadi tabiat kaum wanita termasuklah aku, selalunya kalau nak raya tu kalau boleh semuanya nak serba baru. Baju nak baru, langsir nak baru, perabut nak baru, permaidani nak baru cuma tabiat dan sikap aje tak baru. Naik heran aku dibuatnya! Sebab tulah hari ni aku nak berkongsi tips istimewa untuk semua kaum ibu maklumlah aku dah tersedar yang semua tu hanya pembaziran belaka. " Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir". (Surah Al A'Raaf A:31) Tips yang boleh dijadikan panduan:- 1) Kurangkan keluar berbelanja untuk hari raya. Basuh dan serikan baju kurung lama untuk dipakai semula. Zaman Nabi tak ada hadiah pun bagi baju kurung fesyen terbaru begitu juga zaman sekarang. 2) Jangan 'terover' hias rumah semasa Ramadhan. Rancang kerja rumah. Kalau boleh gotong royong dalam mengemas rumah. Buat sikit sikit, jangan nanti beberapa hari sebelum nak raya, baru sibuk nak buat 'spring cleaning' dan cat rumah. (Rugilah nak dapat fadilat 10 hari terakhir Ramadhan ) 3) Basuh dan bersihkan bunga bunga plastic dan hiasan yang sedia ada, cuma tukar tukarkan saja kedudukannya dalam rumah kita, dah nampak macam hiasan baru. 4) Langsir lama lama kalau belum lusuh lagi, basuh dan gunakan semula. Cuma ketika menggantungnya jadilah kreatif sikit, gantung dgn cara yg berlainan pula, dah nampak macam langsir baru. 5) Tiada tuntutan dalam agama kita supaya rumah bertukar menjadi istana semasa menyambut Aidilfitri lagi pun Zaman Nabi tak ada pun hadiah untuk rumah tercantik musim raya begitu juga zaman sekarang cuma selalunya sendiri yang perasan. 6) Siapkan duit Raya dalam sampul surat dan duit pengangkutan (samada untuk isi minyak kereta sendiri atau tambang teksi) sejak awal awal lagi supaya tak perlu beratur panjang di bank. 7) Kalau tak mampu nak sediakan duit raya maklumlah ekonomi meleset, berilah apa saja yang terdaya yang dapat menghiburkan hati kanak kanak seperti bungkusan gula gula, coklat atau permainan yang tak melebihi budget. Hah! macammana? Bagus tak tips yang diberikan ini? Mudah mudahan kita mendapat faedah daripadanya dan dapat membentuk sikap jimat cermat dan tidak membazir. "Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu dan untuk membersihkan kamu sebersih-bersihnya". (Surah Al Ahzab A:33) |