|
![]() Diam tak diam, dah tinggal beberapa hari saja kita nak menyambut Syawal bermakna Ramadan akan kita tinggalkan. Sedih juga rasanya, entahkan dapat entahkan tidak untuk aku menyambut Ramadan yang akan datang lagi peluang untuk aku merebut segala kebaikan di bulan yang mulia ini sebagaimana sabda Rasullullah Saw. Dari Ibnu 'Abbas Ra. "Kalau sekiranya umatku mengetahui apa2 kebaikan didalam bulan Ramadan, nescaya mereka menginginkan agar supaya bulan2 berikutnya(tahun semuanya) itu menjadi Ramadan. Kerana semua kebaikan berkumpul dibulan Ramadan, ketaatan bisa diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan Syurga rindu kepada mereka." (Zubdatul Waa'izdiina). Dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN untuk semua peminat2ku dan kenalan2 blogku dimana saja mereka berada. Tentunya dalam saat saat terakhir ketika ini, yang paling sibuk sekali kaum wanitalah! Aku pun tak ketinggalan, maklumlah tahun ini kita menyambut perayaan yang besar hampir serentak iaitu Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Kalau di Singapura ni tempat yang paling sibuk sekali ialah di Serangoon Road dan Geylang Serai sebab di kedua dua tempat ni merupakan lambang bagi Kaum India dan Kaum Melayu di Singapura. Anak aku yang sorang tu..... hai!!!! sibuk betul ajak aku pergi Geylang beli baju raya.(macam masa aku kecil kecil dulu) kalau tak ada baju baru alamat tak rayalah......Seronok betul jadi budak2 ni, tak payah nak susahkan kepala otak mereka, order saja pada ibubapa insyallah kalau kena pada caranya mesti dapat punya..... Mak mertua aku pulak tahun ni macam sibuk dan ghairah betul nak sambut raya. Buat kuih Tart lain, beli baju raya lain, beli kasut baru lagi tapi tu semua ada penajanya, siapa lagi kalau tak adik ipar aku yang bungsu tu. Yelah, masa nilah dia nak balas jasa mak dia yang dah bersusahpayah pelihara dia dari kecil sampai anak dara. Suami aku lain pulak halnya. Tahun ni betul punya sibuk melayan dua orang tetamu QARI MESIR yang seperti biasa datang ke Singapura setiap Ramadan untuk memperdengarkan BACAAN AL QURAN BERTARANUM di seluruh Masjid di Singapura ni. Jadi, suamiku mengambil kesempatan ini menjelajah keseluruh masjid di Singapura ini bersama beberapa orang SUKARELAWAN JEMAAH IQRA', maklumlah aku suami isteri kan merupakan penyokong SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'. Selain menunaikan solat Tharawih, dapat pula mendengar TARANUM AL QURAN BACAAN 2 orang QARI ARAB ni yang memang power, live lagi!!! ![]() Alamak! terlupa pulak aku, sebenarnya pagi ni aku dah plan nak bersihkan rumah bersama2 dengan anak aku yang sorang tu!!! maklumlah cuma hujung minggu saja aku dapat mengemas rumah aku, lagi pun pada hari Deepavali (Hari selasa malam Rabu ni) salah seorang dari QARI ARAB tu akan datang kerumah aku untuk memperdengarkan BACAAN TARANUM AL QURAN iaitu SHEIKH INZIL REJAL atas jemputan suami aku setelah mendapat kelulusan dari Habib Hassan Imam Masjid Ba'alwie, jadi tujuan aku mengemas rumah ni sebenarnya pasal nak sambut kedatangan orang yang mulia ni. "Sesungguhnya orang orang yang membaca AL QURAN, mendirikan sholat, dan membayarkan sebahagian harta yang telah kami rezekikan, dengan sembunyi sembunyi maupan terang terangan, adalah mereka itu mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi, Agar supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dari kurnianya. Sungguh Allah itu Maha pengampun lagi Maha berterima kasih." (Surah Faathir ayat:29-30) "Ya Allah, bagaimana aku memuliakan SHEIKH INZIL ahli AL QURAN ini disini, mudah mudahan kau muliakanlah aku di YAUMIL MASYAR nanti, Ya Allah!" begitulah doa hati kecilku..... Oklah sampai disini dulu......(ini pun dah terbabas panjang lebar). |
| andyrose March 19, 2009 03:20 PM PDT Allah yg mengetahui maksudnya | ||
| egy August 27, 2007 08:12 AM PDT Bumi el-gharbiah byk melahirkan qari2 yang power & top dari segi tarannum!! | ||
| egy August 27, 2007 08:10 AM PDT saya meminta maaf di atas kesalahan beberapa qari yg tdk di pandang mulia oleh jiran dan bangsanya sdr sedangkan di malaysia kita terlalu mengagungkan mereka seumpama malaikat !! egy ; tanta al-gharbiah | ||
| Anas88 June 22, 2006 12:20 AM PDT http://eztemplate.byethost6.com/taranumonline | ||
| Anas88 June 22, 2006 12:19 AM PDT Assalamualaikum Saudara/saudari sekalian dijemput ke laman saya http://eztemplate.byethost6.com/taranumonline | ||
| wirabumie` February 1, 2006 04:54 PM PST Sayang sekali kerugian menerjah lama2 menjadi kebiasaan.Orang yg tidak di akui alam menjadi sanjungan sedangkan yg menjalankan kehidupan isi Al quran tidak di pedulikan kata 2 nya.Cukup lah di akhir zaman yg bermula sesudah kewafatan baginda Rasullullah hingga saat ini,tiada yg memperjuangkan kebenaran hakikatt ketuhanan pada syariat hidupnya. | ||
| Cheeff October 30, 2005 07:30 PM PST Syabas Mas telah menulis kembali. Tersentuh Cheeff dengan doa Mas kerana memuliakan ahli quran. Sempena jelang Hariraya ini, Cheeff mohon maaf zahir bathin sekiranya ada salah dan silap. Selamat menyambut Hariraya Aidilfitri. | ||
| Leave a Comment: |